Rabu, 2 September 2015

Penganjur Bersih sedia heret Rahman Dahlan ke mahkamah


Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya mereka dikenakan bil pembersihan RM65,000


bersih-4,-Maria-Chin-Abdullah,-Rahman-Dahlan


PETALING JAYA: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan akan berdepan dengan tindakan undang-undang sekiranya mengenakan kos pembersihan kepada penganjur perhimpunan Bersih 4.0.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menjawab balik kenyataan itu dan menjelaskan sukarelawannya telah bersusah payah melakukan kerja-kerja pembersihan.

“Jika dia mahu buat, tiada apa yang saya boleh lakukan. Kita akan dapatkan khidmat nasihat guaman,” katanya yang dipetik daripada portal Mstar Online.

Dalam kenyataan Rahman pada Selasa yang mahu mengeluarkan bil sebanyak RM65,000 sambil menyindir penganjur supaya tidak membelanjakan semua RM1.5 juta yang mereka dapat kumpulkan untuk perhimpunan hujung minggu lalu.

Mengulas perkara yang sama, Timbalan Pengerusi Bersih 2.0, Sarajun Hoda Abdul Hassan berkata ia bukan pertama kali pihaknya dikenakan bil.

“Mereka pernah hantar bil kepada kami sebelum ini tetapi mereka tidak dapat mempertahankan penyerahan bil mereka. Bila peguam kami menulis kepada mereka, mereka senyap,” katanya.

Tiada ulasan: