BERITA HARIAN
Menurut pengakuan warga
Switzerland itu, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dan
Naib Presiden PKR bukanlah pembeli berpotensi yang dimahukannya
KUALA LUMPUR, Bekas kakitangan Petrosaudi International, Xavier Andre Justo, 49 dalam pengakuannya mendedahkan Nurul Izzah Anwar turut berminat membeli data berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Namun menurut pengakuan warga Switzerland
itu, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib
Presiden PKR bukanlah pembeli berpotensi yang dimahukannya dan mengakui
sifat tamak menguasai dirinya dengan meletakkan bayaran tunai AS$2 juta
(RM8.62 juta).
Dalam pengakuan itu juga menyebut, Nurul
Izzah menawarkan bayaran dalam bentuk kontrak sekiranya pembangkang
mengambil alih Putrajaya daripada pentadbiran Najib, namun Justo
menolak.
Malah dalam pengakuan itu juga mendakwa
Clare Rewcastle Brown yang merupakan Editor Sarawak Report
bertanggungjawab menjadi orang tengah atau broker yang membawa Nurul
Izzah ke dalam urusan itu.
“Sekitar September 2014, Clare
menghubungi saya dan menjemput saya ke Bangkok dan berkata anak
perempuan Anwar Ibrahim berminat dengan data itu, namun saya menolak
apabila Nurul hanya mahu membayar AS$2 juta dalam bentuk kontrak
kerajaan apabila mereka berkuasa dan saya menolak,” katanya memetik
laporan Berita Harian.
Justo juga mendakwa Rewcastle Brown cuba
mendekati beberapa pembeli lain, namun ia gagal. Pada Februari, Justo
dihubungi Rewcastle Brown dan mendakwa dia bersama Ahli Parlimen
Petaling Jaya Utara, Tony Pua telah mengatur penjualan kepada pemilik
Kumpulan Media The Edge, Tong Kooi Ong dan pertemuan itu diatur dalam
masa terdekat.
Justo dalam pengakuannya turut mendakwa
Kooi Ong dan Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulannya, Ho Kay
Tat dimungkiri. Justo bagaimanapun ditahan oleh pihak berkuasa Thailand
ketika menunggu bayaran itu.
Justo ditahan oleh Polis Thailand pada 22
Jun lepas setelah PetroSaudi International membuat laporan yang
mendakwa dia telah memeras ugut syarikat itu yang menjadi rakan
usahasama 1MDB.
Dalam pada itu, pengakuan Justo turut
mendedahkan dakwaan bahawa Rewcastle Brown menolak bayaran daripada
Justo kerana menjadi brokernya.
Penolakan itu menurut pengakuan terbabit
adalah kerana Rewcastle Brown hanya mahu menjatuhkan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak dan ia katanya “bayaran itu lebih daripada
mencukupi”.
Dalam pada itu, Kumpulan Media The Edge menafikan terbabit dalam konspirasi yang mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Penafian itu dibuat oleh Kay Tat dan Kooi
Ong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam dan mendakwa
kepentingan itu dipertahankan hanya untuk mendedahkan keadaan dalam 1MDB
serta urusan kewangan dan perniagaannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan