MICHAEL MURTY
Bee Yin menuntut
penjelasan kerajaan berhubung tindakan Mara menghentikan penghantaran
pelajar tajaannya ke Universiti Taylor, sekalipun keputusan itu sudah
dibuat. Foto Facebook Yeo Bee Yin
KUALA LUMPUR, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Damansara Utama, Yeo Bee Yin menyelar tindakan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang menghentikan penghantaran pelajar tajaannya ke Universiti Taylor bagi pengambilan seterusnya.
Beliau memaklumkan kepada The Rakyat Post bahawa keputusan berkenaan menunjukan ‘penyalahgunaan kuasa secara terang-terangan’.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini dilapor mengesahkan tanpa
menyatakan sebarang sebab, keputusan untuk tidak menghantar pelajar
tajaan Mara ke Universiti Taylor bagi pengambilan akan datang, dengan
hanya memberitahu ‘terdapat banyak sebab’.
Dalam pada itu, Yeo juga mempersoalkan
samada keputusan itu ada kaitan dengan penamatan kontrak dari Wawasan
Sutera Travel & Tour Sdn Bhd, syarikat operator perkhidmatan bas
yang dirakam menggunakan bas mempunyai logo universiti itu ketika
membawa penyokong ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ pada 16 September lalu.
“Adakah ini kerana penamatan kontrak
pengendali bas? Jika betul, adakah kerajaan mengorbankan pelajar-pelajar
terbaik tajaan Mara atas sebab-sebab politik?
“Jika begitu, BN (Barisan Nasional) telah
menjadi pembuli terbesar negara dengan mengharamkan, mengancam dan
mengugut semua orang yang tidak sebulu dengan mereka,” kata beliau.
Justeru itu, beliau menuntut penjelasan daripada pihak kerajaan ke atas keputusan yang dibuat.
“Saya menuntut pihak kerajaan supaya menjelaskan perkara ini walaupun sudah jelas mengapa mereka melakukannya”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan