Khamis, 10 September 2015

KJ restu Pemuda UMNO sertai Himpunan Baju Merah

 
Beliau berpegang kepada kenyataan Presiden parti yang tidak menghalang ahli UMNO menyertai perhimpunan dan menganggap kenyataan itu mewakili parti.


khairy


KUALA LUMPUR : Pemuda UMNO tidak dihalang daripada menyertai perhimpunan Baju Merah pada 16 Septemer ini, kata Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Katanya, dia bepegang kepada kenyataan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa UMNO tidak menghalang ahlinya menghadiri perhimpunan itu tetapi perlu mematuhi undang-undang.

“Biarlah itu (kenyataan yang dibuat oleh Najib) menjadi perwakilan parti,” katanya dalam sebuah majlis yang diadakan di Parlimen pada Khamis

Perhimpunan yang dianjurkan oleh sekumpulan NGO Melayu itu akan diadakan di Kuala Lumpur sebagai serangan balas Bersih 4.0 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos lalu dan didominasi kaum Cina.

Tiada ulasan: