Selasa, 22 September 2015

Kematian ‘Zul Badak’ terus mendapat perhatian

 
Ada pihak yang mendakwa dia "mempunyai hubungan rapat" dengan tauke-tauke yang melakukan perlombongan bauksit haram di sekitar Kuantan.


zul-badak


PETALING JAYA: Pembunuhan seorang penarik kereta yang dikenali sebagai Zul Badak atau nama sebenarnya Arzurizan Abdul Rahman, 39, pada awal pagi Jumaat lalu terus mendapat perhatian.

Allahyarham Zul Badak yang merupakan seorang anggota Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan terkenal dengan gelaran `Abang Long’ dan ada juga yang menggelarkan dia sebagai ‘ayahanda’.

Kelibat dia turut kelihatan pada Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September lalu iaitu beberapa hari sebelum dia ditembak mati di luar sebuah restoran di Kuantan.

Ada pihak yang mendakwa dia “mempunyai hubungan rapat” dengan tauke-tauke yang melakukan perlombongan bauksit haram di sekitar Kuantan.

Dikatakan ada pihak yang tidak puas hati dan berdendam dengannya sehingga membawa kepada pembunuhannya.

Sumber memaklumkan siasatan polis turut menjurus kepada dakwaan itu.

Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Raja Shahrom Abdullah telahpun mengeluarkan arahan supaya menghentikan sebarang spekulasi untuk tidak menjejaskan siasatan yang sedang berjalan.

Dalam kejadian pada jam 2.45 pagi Jumaat, mangsa yang berasal dari Felda Bukit Kuantan ditembak sebanyak tiga das dipercayai daripada selaras raifal jenis M16.

1 ulasan:

Abdul Said berkata...

Zzzzzzzzzzzzzz..........