Selasa, 22 September 2015

Johor nafi mahu keluar dari Malaysia

Johor nafi mahu keluar dari Malaysia
Ismail Karim 
 
 
JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri menafikan tentang dakwaan sesetengah pihak bahawa Johor berhasrat untuk keluar dari Malaysia.
 
Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ismail Karim berkata, ini berikutan Johor telah bersetuju untuk bersama-sama dengan kerajaan Persekutuan.
 
"Mustahil untuk Johor keluar dari Malaysia kerana proses berkenaan (keluar Malaysia) adalah banyak dan panjang. Kita juga pernah berjanji untuk bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan.
 
"Jadi, kita nasihatkan kepada orang ramai jika timbul apa-apa isu sekalipun perlulah merujuk di peringkat kerajaan negeri termasuk soal Johor mahu keluar Malaysia," katanya

Tiada ulasan: