Selasa, 22 September 2015

Hukuman Khir Toyo diumum 29 Sept

Khir Toyo
Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Muhamad Khir Toyo ketika hadir di Mahkamah Persekutuan Putrajaya bagi mendengar prosiding rayuan akhir kesnya di Istana Kehakiman hari ini. - Foto Bernama


PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menangguhkan 29 September ini untuk menentukan hukuman yang bakal dijatuhkan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang disabitkan bersalah tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik, hartanah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta lapan tahun lalu.

Panel lima hakim yang bersidang dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin memberikan tarikh tersebut selepas selesai mendengar rayuan peringanan hukuman yang dikemukakan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan rayuan balas oleh pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud.

Mohamad Khir yang berada di kandang tertuduh turut mengemukakan rayuan secara lisan memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman minimum terhadap beliau dengan mengambil kira jasa dan sumbangan beliau ketika memimpin negeri Selangor.

Terdahulu, mahkamah mengekalkan sabitan bersalah terhadap Mohamad Khir.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah tolak rayuan Khir Toyo ]


Tiada ulasan: