Jumaat, 11 September 2015

Gantung mayat bayi di pagar masjid

 
Mayat bayi perempuan yang cukup sifat ditemui orang awam yang melalui depan Masjid Jerantut Feri


bayi,tergantung


PETALING JAYA: Mayat seorang bayi perempuan ditemui tergantung dalam bungkusan plastik di pagar belakang Masjid Jerantut Feri dekat Kuantan awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt Azid Ismail berkata pihak polis menerima maklumat berkenaan perkara itu kira-kira jam 1.30 pagi.

“Orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu ternampak plastik tersebut, katanya yang dipetik daripada Bernama.

Beliau berkata bayi itu cukup sifat tetapi terdapat kesan lebam di tangan, punggung serta pahanya.

Tiada ulasan: