Rabu, 9 September 2015

Dr Mahathir tidak akan ditahan, kata KPN




Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bercakap pada sidang media di George Town, Pulau Pinang, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 9 September, 2015.Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bercakap pada sidang media di George Town, Pulau Pinang, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Polis hari ini menafikan mereka akan menahan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan ucapan dan penyertaannya dalam perhimpunan Bersih 4 hujung bulan lalu. 
 
Sebaliknya, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ia adalah prosedur biasa untuk merakamkan kenyataan individu berkenaan jika ada laporan polis dibuat terhadap mereka.

“Saya tidak pernah cakap akan tahan beliau. Ia hanya kami terima laporan daripada beberapa orang Umno yang Tun, ketika memberikan ucapan di Bersih, ada menuduh ketua cawangan menerima rasuah,” katanya kepada wartawan pada sidang akhbar di Pulau Pinang, hari ini.

“Jadi, ia adalah SOP (prosedur operasi standard) kami untuk buka kertas siasatan. Ia adalah proses normal,” katanya. Awal hari ini, Dr Mahathir mencabar polis untuk menahannya kerana ucapan dibuatnya, menambah beliau sedia untuk memberikan kerjasama jika polis memanggilnya untuk soal siasat. 
 
 

Tiada ulasan: