Ahad, 13 September 2015

Dasar perlu seiring peruntukan Perlembagaan

Ahli Majlis Tertinggi Pemikir ,Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman
Ahli Majlis Tertinggi Pemikir ,Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman


SHAH ALAM - Kerajaan didesak kaji dasar agar seiring peruntukan Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam memelihara hak istimewa orang Melayu.

Ahli Majlis Pertubuhan Pemikir Agenda Watan Malaysia (Pemikir), Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, rugi jika peruntukan yang dibentuk hasil kemerdekaan negara diabaikan begitu sahaja.

“Tiga perkara yang kerajaan perlu ambil perhatian dan jaga demi kepentingan rakyat khususnya orang Melayu iaitu menjaga kepentingan Artikel 153 (agama Islam sebagai agama rasmi), 152 (Bahasa Kebangsaan) dan 89 (Tanah Rizab Melayu).

“Sehubungan itu kami mendesak jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji tiga peruntukan itu adakah dasar kerajaan hari ini selari dengan apa yang termaktub dalan Perlembagaan," katanya.

Beliau yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAS, berpendapat ramai rakyat tidak faham undang-undang.

Katanya, walaupun lebih 58 tahun merdeka, namun masih ada pihak cuba persoal agama Islam sebagai agama rasmi, rizab tanah Melayu dan Bahasa Kebangsaan.

“Tidak guna kita cakap banyak dengan teori kalau tidak selesai masalah. Ramai tidak tahu isi kandung Perlembagaan sehingga lupa peranan Majlis Raja-Raja. Semasa dalam penjajahan British kepentingan hak orang Melayu masih dijaga melalui peranan Majlis Raja-Raja,” katanya.

Abdul Aziz  turut menekankan fungsi majlis agama sebagai institusi yang bertanggungjawab menjaga ekonomi orang Islam.

“Penting kita tahu majlis agama ada duit ratus juta (ringgit), tapi tak buat apa pada orang Melayu sehingga masih ramai miskin.

“Kalau perlu hadap Majlis Raja-Raja, kita boleh lakukan agar majlis agama berfungsi,” katanya.


Tiada ulasan: