Khamis, 17 September 2015

Dana PSMB: 4 pengarah disiasat SPRM

SPRM
SPRM


SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka akan mendakwa empat pengarah syarikat termasuk seorang wanita yang dipercayai membuat tuntutan palsu bagi mendapatkan dana pembangunan sumber manusia.

Daripada empat pengarah itu, yang berusia antara 34 dan 47 tahun, dua orang merupakan pasangan suami isteri.

SPRM menyiasat pengarah-pengarah terbabit sejak akhir tahun lalu kerana mengemukakan dokumen-dokumen untuk menuntut dana daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad sedangkan latihan yang dimaksudkan tidak dikendalikan.

Ketika dihubungi, Pengarah SPRM Selangor Datuk Simi Abdul Gani mengesahkan pihaknya menjalankan siasatan mengenai dakwaan mengemukakan tuntukan palsu untuk mendapatkan dana daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad.

"SPRM ada menjalankan siasatan susulan aduan yang diterima daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad.

"SPRM telah siap menjalankan siasatan dan akan mendakwa mereka yang terlibat," kata beliau.

Difahamkan ketiga-tiga syarikat terbabit mengemukakan dokumen palsu untuk mengelirukan pegawai-pegawai Pembangunan Sumber Manusia Berhad bagi tujuan memperoleh dana agensi tersebut.

Di bawah kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, majikan yang mencarum dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad boleh memperoleh dana daripada agensi tersebut.


Tiada ulasan: