Rabu, 9 September 2015

Dakwaan tiada peruntukan undi tak percaya khianati Agong, kata Bersih

THE MALAYSIAN INSIDER


Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia perlu menjalankan amanah Yang di-Pertua Agong untuk mempengerusikan sidang Dewan secara adil dan saksama serta memastikan Dewan berjalan dengan wujudnya sokongan majoriti yang jelas terhadap ketua kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 September, 2015.Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia perlu menjalankan amanah Yang di-Pertua Agong untuk mempengerusikan sidang Dewan secara adil dan saksama serta memastikan Dewan berjalan dengan wujudnya sokongan majoriti yang jelas terhadap ketua kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
 
Dalam satu kenyataan hari ini, jawatankuasa pemandu pemantau pilihan raya itu berpandangan, sikap Pandikar itu sekali gus satu pengkhianatan kepada amanah daripada Yang di-Pertuan Agong.

"Sekiranya persepsi ini tidak dibetulkan dan jelas kelihatan Speaker Dewan hanya bertindak sebagai pesuruh perdana menteri dan kerajaan. Speaker akan dilihat sebagai mengkhianati amanah Agong untuk mempengerusikan sidang Dewan secara adil dan saksama dan memastikan Dewan berjalan dengan wujudnya sokongan majoriti yang jelas terhadap ketua kerajaan, dan bukan sebaliknya," kata mereka.

Menurut kenyataan itu, Pandikar perlu mengutamakan dan mengizinkan usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib Razak dibentangkan dalam sidang akan datang. 
 
"Kegagalan berbuat demikian membuktikan Speaker Dewan tidak layak duduk di kerusi yang menjadi simbol demokrasi dan amanah rakyat jelata melalui mandat yang diberikan Yang di-Pertuan Agong," mereka berkata.

Bersih 2.0 berkata, keengganan Pandikar itu memberikan bayangan beliau tidak bersikap saksama dalam mempengerusikan Dewan.

"Kenyataan tersebut membawa banyak kemungkinan dan maksud tersirat, termasuklah speaker tidak mempunyai budi bicara menjadi orang tengah dalam sistem semak imbang antara pihak legislatif dan eksekutif, dan speaker terikat kepada arahan dan kehendak ketua kerajaan," katanya.

Usul undi tidak percaya terhadap Najib dalam sidang Dewan Rakyat akan datang semakin bertiup kencang apabila beliau bertindak memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menggantikannya dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Najib mengambil tindakan itu selepas Muhyiddin berterusan mengkritik pengurusan syarikat sarat hutang negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib juga dihambat kontroversi penerimaan wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya daripada penderma misteri dianggap ramai pihak sebagai satu bentuk rasuah yang diterima seorang perdana menteri.


Tiada ulasan: