Jumaat, 25 September 2015

Azmin: Tiada rombakan exco di Selangor

SINAR HARIAN


Azmin Ali
Azmin Ali


SABAK BERNAM - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menegaskan tiada sebarang rombakan exco kerajaan negeri berlaku meskipun dua Adun Selangor menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) yang bekerjasama dengan PKR dan DAP membentuk gabungan Pakatan Harapan.

Mohamed Azmin berkata, kerajaan negeri bertanggungjawab dengan mandat yang diberikan rakyat itu untuk memberikan khidmat sehinggalah pada PRU akan datang.

Sebelum‎ ini,  Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan turut menegaskan Kerajaan Selangor akan terus stabil dan kekal berfungsi walaupun Pas tidak sertai Pakatan Harapan.

Katanya, selagi mana Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali mendapat sokongan majoriti Adun di negeri tersebut.

Pakatan Harapan ditubuhkan selepas rundingan meja bulat antara DAP, PKR dan Amanah sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan pakatan pembangkang baharu.


Tiada ulasan: