Rabu, 2 September 2015

Anak Zahid hanya mahu mahu raih populariti

Oleh: Nadia Hanafi


KUALA LUMPUR- Serikandi KEADILAN menyifatkan tindakan anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melabel peserta Bersih 4 sebagai kerja bodoh sekadar mahu meraih populariti.

Ketuanya, Siti Aisyah Shaik Ismail berkata, Nurul Hidayah sepatutnya mengkaji terlebih dahulu apakah yang mendorong rakyat Malaysia hadir ke himpunan itu dan bukan dengan membuat tuduhan melulu.
Nurul
“Kepada anak Zahid Hamidi jangan terlalu cepat menghukum dan melabel mana-mana pihak kerana kamu tidak tahu punca dan asas apa yang diperjuangkan oleh rakyat.

“Dia hanya mengeluarkan kenyataan untuk meraih populariti sahaja tetapi tidak memahami (rakyat),” katanya ketika dihubungi.

Nurul Hidayah pada 30 Ogos lalu menyifatkan peserta yang menyertai demonstrasi Bersih 4.0 sebagai kerja bodoh dan sia-sia dalam satu status di laman sosial Facebooknya.

Bagaimanapun, kenyataan itu mendapat reaksi dan kecaman daripada pengguna laman sosial di Facebook dan Twitter.

Dalam status yang dikongsinya, Nurulhidayah juga ada mendakwa satu ketika dahulu dia pernah melakukan tindakan serupa apabila menyertai demonstrasi untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Siti Aisyah berkata, Nurul Hidayah turun ke jalan raya ketika itu semata-mata kerana bapanya yang merupakan penyokong kuat Anwar Ibrahim sebelum bekas Timbalan Perdana Menteri itu dipecat dan dipenjarakan.

Katanya, ia berbeza dengan peserta himpunan Bersih 4 yang mahukan hak mereka sebagai rakyat dikembalikan dengan menuntut perubahan kerajaan.

“Dia (Nurul Hidayah) bercakap seperti budak yang tidak tahu apa-apa dan tidak ada pengalaman. Dulu atau ketika ini dia tetap budak hingusan yang tidak tahu apa-apa.

“Saya sarankan balik dan belajar dulu. Tanya bapa dulu mengenai 1MDB dan masalah-masalah negara lain,” kata Aisyah.

Tiada ulasan: