Jumaat, 25 September 2015

Ali Tinju sengaja cari pasal

 
Tetap ingin adakan bantahan di Jalan Petaling walaupun polis telah beri amaran akan bertindak.


ali-tinju


PETALING JAYA: Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali Ali Tinju yakin perhimpunan Baju Merah akan diadakan di Jalan Petaling pada Sabtu.

Katanya, ia akan diteruskan bagi menuntut hak sama rata kepada peniaga pelbagai kaum di kawasan berkenaan.

“Kita tidak mahu melihat sesebuah kaum memonopoli kawasan itu. Ia harus dikongsi bersama antara kaum India, Melayu dan Cina, barulah sesuai dengan konsep 1 Malaysia,” katanya yang dipetik daripada Antarapos.

Dia mendakwa, 99 peratus perhimpunan akan diadakan dan yang akan datang adalah pahlawan-pahlawan Melayu.

Atas semangat itu, pihaknya tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak.

“Itu bukan hak mereka untuk mempertikaikan Gerakan Merah. Ia akan berterusan, tidak kiralah daripada arahan pihak berkuasa atau sebaliknya,” tegasnya.

Tiada ulasan: