Selasa, 8 September 2015

Abdul Samad letak jawatan dalam 1MDB tarik perhatian adik Najib

 
Tindakan Abdul Samad letak jawatan kerana tidak mendapat akses maklumat merupakan mesej yang jelas kepada agensi kerajaan yang lain.


nazir,samad


PETALING JAYA: Tindakan Tan Sri Dr Abdul Samad meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menarik perhatian adik Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Tun Razak

Menerusi akaun Instagram, Pengerusi CIMB Group itu berkata, tindakan tersebut jelas memberi mesej kepada agensi kerajaan yang lain.

“Seorang yang dihormati, jujur, profesional yang dilantik oleh Kerajaan dan dialu-alukan kehadirannya oleh Pengerusi.

“…Tetapi dinafikan akses maklumat oleh pihak pengurusan. Jika ini adalah benar dan ditoleransi, apakah mesej yang dihantar kepada agensi/GLC lain?, tulisnya.

Abdul Samad menjelaskan peletakan jawatan beliau sebagai Ahli Lembaga Penasihat anak syarikat milik kerajaan yang sarat dengan hutang, 1MDB selepas enam bulan berkhidmat.

Katanya tindakan meletak jawatan itu susulan permintaan berulang kali sepanjang memegang jawatan tersebut untuk mendengar sesi taklimat mengenai hal ehwal 1MDB tidak pernah dilayan.

“Saya tunggu enam bulan. Walaupun berulang kali minta, saya tidak dapat apa-apa,” katanya.

Tiada ulasan: