Rabu, 19 Mac 2014

Kajian UNISEL : 75.9% yakin Wan Azizah menang PRK Kajang

Oleh : Mohd Ezli Mashut


SHAH ALAM: Kajian penyelidik Universiti Selangor (UNISEL) mendapati calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan memenangi kerusi PRK N25 Kajang, pada 23 Mac ini.

Ketua Penyelidik dalam Kajian Soal Selidik Pola Pengundian dan Isu Semasa, Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis, berkata 75.9 peratus daripada 394 responden menyatakan keyakinan itu dalam satu kajian soal selidik yang dijalankan, antara 12 hingga 16 Mac lalu.

Beliau berkata, sementara hanya 24.1 peratus responden menyatakan bahawa calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun akan menenangi PRK itu.

P1030581Katanya, kajian itu mendapati Wan Azizah diyakini daripada segi kepimpinannya apabila 61.4 peratus menyatakan beliau mempunyai kepimpinan yang baik, 42.7 peratus menyatakan kepimpinannya sederhana dan hanya 8.9 peratus mempunyai kepimpinan yang lemah.

Sementara itu, Chew Mei Fun hanya memperoleh 34.2 peratus menyatakan beliau mempunyai kepimpinan yang baik, 42.7 peratus mempunyai kepimpinan yang sederhana dan 23.1 peratus kepimpinanya adalah lemah.

Kajian dijalankan UNISEL itu meliputi responden daripada Melayu (65.4 peratus), Cina (18.8 peratus) dan India (14 peratus).-NFN

Tiada ulasan: