Selasa, 1 Januari 2013

Walaupun Bukan Empangan Yang Pecah; Kerajaan Mesti Bertanggungjawab

Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/empangan%20paya%20peda1.jpgBESUT – Tinjauan yang dibuat ke tepak pembinaan Paya Peda berhampiran Kampung Padang Bual di sini mendapati, empangan yang bernilai RM333 juta tersebut belum siap dibina.

Menurut sumber dalaman projek tersebut, pembinaan empangan terbabit yang dimulakan pada bulan June 2010 mencapai tahap kemajuan sebanyak 48% (peratus).

Justeru beliau berkata yang pecah pada minggu lalu, bukanlah empangan, tetapi takungan sementara air yang dikepung dari dua buah sungai, Sungai Air Belangga dan Sungai Peda, yang menjadi sumber kepada empangan tersebut kelak.

“sementara kita menyiapkan benteng konkrit sebenar yang mempunyai ketinggian 60 meter dari aras laut, air ditakung sementara, dilingkungi banteng tanah berketinggian 28 meter dari aras laut,

“jadi benteng tersebut yang pecah, bukan empangan kerana empangan belum siap lagi,”jelasnya yang tidak mahu dinamakan.

Menurutnya,  kira-kira jam 10 pagi pada 24 Disember, pihak pengurusan projek menyedari hujan yang turun sejak beberapa hari, sudah hampir memenuhi takungan sementara itu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/IMG_8302.jpgKatanya, air akan melimpah sekiranya tiada sebarang tindakan diambil.

Oleh itu,  kata beliau, satu mesyuarat telah diadakan dan memutuskan supaya satu laluan baru dibuka bagi menyalurkan air keluar dari takungan tersebut.

“kerana laluan sedia ada tidak lagi mampu menyalurkan air yang begitu banyak bertakung, pihak pengurusan memutuskan akan mengorek laluan baru di sudut lain,

“ keputusan itu dibuat bagi mengelakkan air melimpahi tebing takungan yang akan menimbulkan risiko benteng tanah takungan pecah,”jelasnya.

Malangnya, kata beliau, keputusan tersebut tidak dilaksanakan kerana menurutnya, tindakan mahu membuat aliran baru itu mendapat bantahan dari beberapa orang kampung berhampiran.

Katanya, orang kampung terbabit membantah kerana mereka bimbang, sekiranya dibuka laluan kedua, air yang keluar akan menyebabkan banjir melanda kampung mereka, kampung Padang Bual.

Dalam pada itu, hujan yang berterusan terus mengalirkan air kedalam takungakungan akhirnya melimpahi benteng kerana aliran keluar sedia ada tidak lagi mampu mengalirkan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/IMG_8275.jpgAir mula melimpah kira-kira jam jam 5 dan kemudiannya banteng tanah tersebut, pecah menyebabkan hamburan keluar air, umpama Tsunami.

Kesan ‘Tsunami Paya Peda’ jelas kelihatan seperti gambar-gambar yang dipaparkan.

Air Banjir ‘Mengaum’

Seorang penduduk Kampung Padang Bual yang dtemui skuad BO menyetujui bahawa air yang datang dari arah kawasan pembinaan empangan Paya Peda umpama ‘Tsunami’.

Mohd Yusof bin Yunus, 45, berkata, air datang ‘bergulung’  secara tiba-tiba, dari kawasan empangan bermula kira-kira jam 6 petang.

“sekitar pukul 6.30 (petang) air mari dengan deras sampai tak sempat nak buat apa-apa, air yang datang begitu kuat hingga bunyi macam ‘mengaum’,

“kita tahu pecah (empangan) itu pun tak sempat nak simpan apa-apa, dia bukan macam banjir biasa, air mari besar selalu,”kata Mohd Yusof bi Yunus ketika ditemui pada Jumaat, 28 Disember.

Menurutnya, air benar-benar menenggelamkan kampung tersebut pada kira-kira pukul 9 malam. [Lihat Video]
Beliau sempat merakamkan gambar-gambar air yang membanjiri rumahnya pada malam tersebut seperti dibawah.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/semas%20dan%20selepas%20banjira.jpgKerajaan Perlu Bertanggungjawab

Sehubungan itu, Timbalan Yang DiPertuaPAS Besut, Shalahuddin Jaafar tetap mahu kerajaan dan pihak pemaju empangan terbabit bertanggungjawab walaupun bukan empangan yang pecah.

“walaupun bukan empangan yang pecah tapi banteng menakung air, kerajaan dan pihak pemaju mesti bertanggungjawab kerana gagal mengambil tindakan mengelakkan kejadian tersebut berlaku,

“kesannya, seluruh penduduk Kampung Padang Bual mengalami kerugian, sedangkan ia dapat dielakkan sekiranya keputusan yang tetap diambil,”katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan PAS DUN Hulu Besut, menolak sebarang hujah yang mendakwa, orang kampung sendiri yang menyebabkan ‘Tsunami’ tersebut berlaku.

Katanya, orang kampung tidak ada kuasa apa-apa dalam menentukan apa tindakan pemaju dan kerajaan.

Menurutnya, sejak dari awal lagi pembinaan empangan tersebut megundang masalah apabila tidak terdapat sempadan diantara kawasan pembinaan dan kawasan yang dibenarkan kepada orang ramai mndekati projek tersebut.

“orang kampung tak tahu apa, kalau dia ‘royak’ benda-benda pun, pihak pengurusan projek, pihak pemaju dan kerajaan mesti mengambil langkah yang sepatutnya,

“bak po (kenapa) nak ambil kira pandangan orang kampung yang tidak ada kemahiran dan kepakaran, sedangkan pihak pemaju dan pengurusan projek mempunyai pakar-pakar,”tegasnya.

Menurutnya, 230 orang penduduk kampung yang terjejas akibat ‘Tsunami’ tersebut akan meneruska tindakan menntut ganti rugi dari pihak-pihak yang berkenaan.

Berita terkait sebelum ini:

Kontroversi Empangan Paya Peda RM333 juta; Pecah Atau DiPecahkan??
Banjir Empangan Pecah; 230 Premis Terjejas Tuntut Ganti Rugi
Pecahkan Empangan; Umno-BN Sabotaj Rakyat
Empangan Pecah; Banjir Hulu Besut Semakin Teruk

Tiada ulasan: