Ahad, 27 Januari 2013

Ulamak Turki dan Mesir Turut Keluarkan Amanat Sama Seperti Amanat Haji Hadi

Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/azhar%20amanat%20hadi.jpgKUALA NERUS - Amanat yang memberi amaran tentang bahaya sekularisma kepada aqidah umat Islam bukan sahaja telah dikeluarkan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, malah amanat yang serupa pernah dikeluarkan oleh ulamak negara Turki dan Mesir.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr. Azhar Yaakob berkata, Mufti terakhir kerajaan Turki Uthmaniyyah Sheikh Mustafa Sobri dan Ulamak terkenal Sheikh Abdul Kadir Audah dari Mesir turut berkata, umat Islam akan menjadi 'sesat' sekiranya menganut fahaman 'politik suku dan agama suku'.

"Mufti terakhir kerajaan Turki Uthmaniyyah Sheikh Mustafa Sobri berkata mana-mana dikalangan umat Islam yang menganut faham sekularisma, faham agama suku dan poltik suku, yang redha dengan faham penjajah sekularisma menjadi sistem hidup mereka, ia adalah jalan pintas kepada seseorang untuk 'murtad' dari agama Islam,

"ulamak Mesir Sheikh Abdul Kadir Audah mengeluarkan amanat memberikan amaran sekiranya ada dikelangan umat Islam yang redha dengan pemerintahan dan undang-undang sekular, agama uku politik suku, demi sesungguh seseorang itu meniti jalan 'riddah dalam hidupnya, murtad dri agama Islam,"tegas Ustaz Azhar.

Beliau bekata demikian ketika menyampaikan khutbah Jumaat di atas mimbar Masjid at-Taqwa Batu Enam dekat sini, hari ini 25 Januari.

Oleh itu, kata beliau adakah boleh kita berkata amanat dan pandangan kedua-dua ulamak itu adalah menyebabkan umat Islamberpecah belah sebagaimana tuduhan yang dilontarkan kepada Ustaz Abdul Hadi Awang.

Beliau menegaskan umat Islam di Malaysia sepatutnya bersyukur dengan adanya amanat Haji Hadi dapat menyedarkan orang Melayu beragama Islam
'sesat' dari agama Islam.

"di Malaysia seharusnya kita semua bersyukur kepada Allah kerana tampil apa yang dikatakan sebagai amanat Haji Hadi yang bukan untuk memecahbelahkan masyarakat tetapi untuk menjadi penyelamat menyedarkan umat islam tentang bahaya mereka berkiblatkan kepada Barat,

"menyedarkan masyarakat supaya mereka jangan mengambil ideologi sekular 'agama suku politik suku', menyedarkan masyarakat supaya mereka kembali kepada Islam yang syumul, yang lengkap dan sempurna,"jelasnya.

Justeru katanya, tidak timbul soal untuk menarik balik amanat tersebut bahkan amanat haji Hadi itu adalah relevan sejak ia dikeluarkan pada tahun 1980an sehingga hari kiamat.

Tiada ulasan: