Ahad, 6 Januari 2013

SPRM tahan pembantu Timbalan Ketua Negeri Pulau Pinang dalam cubaan rasuah



Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali. — Gambar fail
KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pembantu khas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam percubaan merasuah seorang lelaki sebanyak RM30,000 bagi menarik balik laporan polis berkaitan gangguan seksual terhadap isterinya. 
Menurut laporan dari Mingguan Malaysia, akhbar mingguan Utusan Malaysia, lelaki tersebut dikata hadir untuk menyerahkan wang suapan di sebuah restoran kira-kira 11 malam semalam.

"Lelaki itu hadir di restoran tersebut bersama dua lagi individu dan menyaksikan penyerahan wang yang dilakukan oleh salah seorang daripada mereka.

"Ketiga-tiga lelaki itu kemudian ditahan oleh SPRM hasil maklumat awam," menurut sumber yang dilaporkan Mingguan Malaysia.

Selain pembantu khas Timbalan Ketua Menteri, dua lagi individu yang ditahan ialah seorang pegawai daerah berusia 52 tahun dan seorang pegawai bank yang berusia 40 tahun ditahan.

Menurut laporan tersebut, pengadu yang bekerja di sebuah pejabat daerah di negeri tersebut membuat laporan polis berhubung kejadian gangguan seksual yang berlaku penghujung tahun lalu.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali mengesahkan penahanan pembantu khas Timbalan Ketua Menteri itu antara tiga yang ditahan semalam.

"Siasatan sedang dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 dan kertas siasatan yang lengkap akan dikemukakan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat," kata Mustafar yang dipetik dari laporan akhbar berbahasa Melayu itu.

Akhbar mingguan Sunday Star melaporkan pembantu terlibat bertugas di pejabat PKR di Permatang Pauh, iaitu kerusi parlimen Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Tiada ulasan: