Tiga
pertubuhan masyarakat sivil hari ini mengumumkan pembentukan satu badan
pemantau pilihan raya umum ke-13 dikenali sebagai Pemantau Pilihan Raya
Rakyat (PEMANTAU).
PEMANTAU yang terdiri daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel) dan Pusat Komunikasi Masyarakat (Pusat Komas) bercadang merekrut sekurang-kurangnya 10,000 sukarelawan untuk melaksanakan tugas berkenaan.
Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata pemantauan itu meliputi "pemantauan proses pilihan raya semasa tempoh berkempen dan hari pengundian serta menjalankan pemantauan media".
PEMANTAU juga menumpukan kerusi yang dijangkakan panas, selain kawasan dengan bilangan pengundi baru yang tinggi, kata Ambiga.
Menurutnya lagi, pemantauan media akan dibuat dengan kerjasama Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).
Tambahnya, 10,000 sukarelawan yang akan direkrut PEMANTAU juga disyaratkan tidak memiliki sebarang keahlian mana-mana parti politik untuk memelihara sifat tidak partisan badan itu.
"Ahli parti politik tidak boleh menjadi pemantau, kita perlu mengekalkan sifat tidak partisan pemantau ini," katanya.
Pemantauan itu, kata Ambiga akan dibuat berdasarkan piawaian antarabangsa dan deklarasi yang diguna pakai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Maklumat lanjut daripada masa ke masa berkenaan kempen itu boleh diperolehi melalui laman Facebook dan laman web BERSIH, kata Ambiga.
Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh yang turut hadir pada sidang media pagi tadi menegaskan PEMANTAU tiada kuasa untuk campur tangan dalam perjalanan pilihan raya dan akan hanya melihat, merekod dan menerbitkan laporan berkenaan PRU 13 apabila ia tamat.
Pengarah Eksekutif Pusat Komas, Arul Prakkash pula mengumumkan orang ramai turut sama dijemput untuk menyampaikan maklumat berkenaan perjalanan PRU 13 secara terus kepada PEMANTAU.
"Kita juga sudah bangunkan laman web pru13.info dan kita pelawa rakyat biasa untuk pantau dan hantar laporan terus melalui SMS, talian aduan, atau Twitter," katanya.
Beliau turut merayu kepada orang ramai untuk menyalurkan sumbangan melalui kempen "RM10 kepada PEMANTAU" untuk membiayai program berkenaan.
Katanya, sumbangan tersebut boleh disalurkan melalui akaun CIMB Islamic bernombor 1238-0000-6611-00 atas nama Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan