KL TODAY
KUALA LUMPUR: Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Zulhazmi Shariff berpendapat pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) secara tergesa-gesa adalah kerana desakan oleh syarikat pembekal kamera tersebut bagi mendapat balik modal yang telah dikeluarkan sebelum ini.
KUALA LUMPUR: Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Zulhazmi Shariff berpendapat pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) secara tergesa-gesa adalah kerana desakan oleh syarikat pembekal kamera tersebut bagi mendapat balik modal yang telah dikeluarkan sebelum ini.
Beliau
yang ditemui di mahkamah hari ini turut mempersoalkan tindakan pihak
pendakwaraya yang mewakili Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang
sehingga sekarang belum menyerahkan dokumen yang berkaitan dengan saman
AES mengikut apa yang telah dijanjikan sebelum ini.
Malah
jelas beliau, alasan yang diberikan oleh pihak pendakwaraya bahawa
dokumen tersebut tidak dapat diserahkan adalah kerana terdapat masalah
teknikal juga membuktikan AES ini belum bersedia sepenuhnya untuk
pelaksanaan.
“Hari ini
merupakan kali ketiga penangguhan yang dimohon oleh pihak pendakwaraya
kepada mahkamah bagi tujuan penyerahan dokumen dengan alasan belum
bersedia.
“Malah
pihak pendakwaraya juga turut memberitahu selain belum bersedia pegawai
yang mengendalikan dokumen tersebut juga tidak ada dan juga masih
terdapat masalah teknikal,” jelasnya kepada Harakahdaily.
Zulhazmi
yang hadir ke mahkamah hari ini bagi tujuan mengambil dokumen berkaitan
saman AES seperti yang diarahkan oleh mahkamah, namun ia ditangguhkan
pada satu tarikh yang lain.
Tarik balik saman
“Kalau
pihak pendakwaraya belum bersedia untuk memulakan pendakwaan, saya
desak agar semua saman yang dikeluarkan dan kes tersebut perlu ditarik
balik.
“Malah
alasan yang diberikan iaitu masalah teknikal, saya ingin mengetahui apa
masalah teknikal yang belum dapat diselesaikan dari awal hingga
sekarang, perkara ini perlu dijelaskan segera,” katanya.
Tambah
beliau lagi, jika masalah teknikal belum dapat diselesaikan dan ini
membuktikan AES ini sebenarnya masih lagi peringkat kajian dan tidak
boleh dilaksanakan.
Zulhazmi
turut memberitahu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara yang
mengarahkan saman AES ini dibekukan sementara adalah bersifat politik
untuk kepentingan kerajaan yang sedia ada.
“Sebab itu
kita minta pelaksanaan AES ini ditangguhkan dulu sepenuhnya
sehinggalah satu kajian yang lengkap diperolehi, kita tidak mahu
pelaksanaan AES ini memberi bebaban kepada rakyat.
“Apa yang
kita tahu walaupun Peguam Negara mengarahkan pembekuan sementera tetapi
pihak JPJ masih lagi menerima bayaran pengguna jalanraya jika mereka
hadir ke JPJ untuk menyelesaikan saman tersebut,” tambah beliau lagi.
Sebanyak
21 kes saman AES dikendalikan oleh KASE melibatkan Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur dan ia tidak termasuk di mahkamah Sepang, Putrajaya dan
juga Kajang.
Daripada jumlah kes tersebut pihak beliau belum lagi menerima sebarang dokumen berkaitan seperti yang diarahkan oleh mahkamah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan