Ahad, 27 Januari 2013

Nasharuddin Mat Isa Digugurkan Dari Ahli Majlis Syura


KELAB GREENBOC

Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya.

Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.

Setiausaha Majlis Syura, Dato’ Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti.

Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.

Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.

Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja.

Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti. -sanggahtoksago

Ulasan GB

Hal ini disahkan oleh Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub di Jasin semalam sewaktu menghadiri Majli Munaqashah Ucapan Dasar Presiden.

Berita ini sekaligus dapat menyembuhkan luka-luka ummah terutama ahli-ahli PAS yang sebelum ini mempertikaikan beberapa tindakan Nasharuddin yang dilihat kontroversi dan merugikan jemaah.

GB sebelum ini pernah mencadangkan supaya Nasharuddin perlu dilucutkan keanggotaaannya sebagai ahli Majlis Syura. (baca berita di bawah)

Alhamdulillah, Allah mendengar dan memperkenankan doa GB.

Namun sekalipun beliau bukan lagi ahli Majlis Syura, belau masih tetap ahli PAS, dan diharap beliau istiqamah bersama jemaah dan menjadi seperti Khalid Al-Walid yang terus berjuang di dalam menegakkan kebenaran dan keadilan walaupun tidak dilantik apa-apa jawatan.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Tiada ulasan: