Khamis, 17 Januari 2013

Imej baru Siti Nurhaliza

Editor  BULETIN

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/imej%20baru%20siti.jpgPenyanyi terkenal Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin memberitahu keputusannya untuk bertudung litup telah mendapat sokongan daripada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa yang  benar-benar gembira selepas beliau terbuka hati untuk melakukan kewajipan sebagai Muslimah

Siti membuat perubahan dengan menutup rambut sepenuhnya ketika menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 34 pada 11 Januari lalu.

"Suami saya adalah antara yang sangat gembira dengan peralihan imej Siti dan boleh dikatakan dia juga merupakan tunggak yang banyak menyokong kepada perubahan ini.

"Bagi Siti, ia adalah satu keikhlasan yang datang daripada diri dan berharap agar imej ini kekal sampai bila-bila,”  katanya kepada phak media.

Tambah Siti, dia juga menganggap perubahan yang dilakukan ini berkat daripada doa daripada dirinya sendiri, keluarga  serta peminat apatah lagi selepas beliau mengerjakan haji sebelum ini.

Sementara itu, Siti berkata, walaupun sudah berhijab, ia bukanlah satu penghalang untuk beliau aktif dalam karier seni.

Malah Siti masih lagi mendapat khidmat pereka fesyen kegemarannya iaitu Rizman Ruzaini dalam membantu memadankan busana dan hijab yang sesuai untuk dipakai.

"Sebelum ini saya sudah biasa tampil berselendang dan imej sekarang ini tidak membuatkan diri berasa janggal, malah ia akan disesuaikan mengikut corak persembahan.

Siti Nurhaliza tampak manis bertudung ketika pertama kali muncul pada majlis resepsi perkahwinan ketiga penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey di Hotel Royale Damansara pada Isnin. FOTO Facebook Rozi Abdul Razak

“Buat masa ini Rizman Ruzaini akan membantu dalam menyesuaikan gaya tudung dan imej untuk muncul di pentas. Siti juga selesa tampil memakai 'inner' di dalam manakala di bahagian luar pula, Siti gayakan mengikut cara sendiri dengan mendapat ilham fesyen yang terkini.

"Siti juga mengambil inspirasi daripada majalah, Internet serta melihat di YouTube dan menggabungkan gaya-gaya yang sesuai mengikut keselesaan diri. Mungkin fesyennya akan berubah-ubah juga nanti," kata Siti.

Ditanya adakah sebarang perbezaan sebelum dan selepas bertudung, kata Siti dia lebih berfikiran positif dan berharap akan menjadi lebih tenang dalam menjalani kehidupan seharian.

"Saya yakin apa yang baik itu akan diterima, malah ramai yang gembira dan mendoakan, Insya-Allah," ujarnya.

Tiada ulasan: