Rabu, 23 Januari 2013

Cawangan MCA Pamer Gambar William

KL TODAY

 

KUALA LUMPUR: MCA telah mengarahkan semua cawangannya di seluruh negara untuk mempamerkan gambar William Yau Zhen Zhong yang berusia enam tahun untuk meneruskan usaha supaya kanak-kanak lelaki itu kembali kepada keluarganya dengan selamat. 

Presiden parti, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, gambar William akan dipamerkan di semua 3,000 pejabat cawangannya di seluruh negara sebagai usaha untuk menjejaki kanak-kanak itu.

“Kami berdoa agar dia (William) selamat dan dapat kembali ke keluarganya secepat mungkin.

“Kami turut merayu kepada sesiapa yang menjaga Yau supaya mengembalikannya.

“Kami tidak percaya dia hilang begitu sahaja,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden MCA di Wisma MCA di sini, Selasa.

Dr Chua berkata, ia adalah penting bagi sesiapa untuk bekerja bersama untuk mencari kanak-kanak itu.
William telah hilang sejak Rabu lepas selepas ibu bapanya meninggalkannya bersama dua adik-beradik lain, Eric dan Cindy di dalam kereta ketika mereka pergi ke kedai peralatan elektrik di Putra Heights.

William keluar dari kereta untuk mencari ibu bapanya.

Dia hilang selepas ibu bapanya kembali ke kereta.

Tiada ulasan: