Seorang
wanita bingung memikirkan selonggok emas bermutu rendah yang dibelinya
ketika lelongan awam oleh sebuah bank sebenarnya tembaga bukan emas
bernilai ribuan ringgit seperti didakwa.Zuraini Yaacob, 44, berkata, dia
ke sebuah bank di daerah itu untuk membeli emas yang kononnya bermutu
rendah yang dilelong dengan harga RM20,000 pada petang 26 Mei 2011.
Menurutnya,
selepas selesai urusan pembelian, dia ke sebuah kedai emas di Kota
Bharu, Kelantan, pada jam 10 malam hari sama, untuk melakukan ujian
bagi mengetahui jumlah kandungan emas dalam barang kemas itu.
“Saya terkejut apabila pemilik kedai emas berkenaan memberitahu barang kemas yang saya beli itu bukan emas bermutu rendah, tetapi tembaga semata-mata yang tiada nilai untuk dijual.
“Saya terkejut apabila pemilik kedai emas berkenaan memberitahu barang kemas yang saya beli itu bukan emas bermutu rendah, tetapi tembaga semata-mata yang tiada nilai untuk dijual.
“Saya
hairan bagaimana bank berkenaan boleh melelong barang kemas itu sebagai
emas bermutu rendah (kerana dicampur dengan tembaga) sedangkan ia
langsung tidak mengandungi emas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan