Pas
menyifatkan janji-janji kepada negeri Kelantan yang diungkapkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai tidak ikhlas
dan hanya ingin meraih undi rakyat di negeri itu.
Naib Presidennya,
Salahuddin Ayub berkata, segala janji sedemikian bukanlah perkara baru
malah ia hanya janji kosong menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)
tidak lama lagi.
Menurutnya, sepatutnya, kehadiran perdana menteri itu
bukan lagi menambah janji sebaliknya melunaskan banyak perkara
tertunggak untuk negeri berkenaan.
“Rakyat
Kelantan tidak sedaif itu untuk menelan semua janji yang ditaburkan.
Janji sedemikian tidak ikhlas kerana beliau sudah terdesak untuk
membubarkan Parlimen dalam sedikit masa lagi.
“Jika
beliau benar-benar ikhlas, lunaskan dahulu pembayaran royalti kepada
rakyat Kelantan bukan dengan pembinaan stadium dan sebagainya,” katanya
kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya,
tidak perlu ditubuhkan jawatankuasa khas bagi isu berkenaan
memandangkan ia adalah perjanjian terus di antara kerajaan persekutuan
dan kerajaan negeri.
“Saya
hairan mengapa perlu ada jawatan kuasa khas? Ia secara jelas, kerajaan
persekutuan mahu melewat-lewatkan pemberian hak yang sepatutnya
diterima rakyat Kelantan.
“Jika
benar-benar beliau prihatin, sudah lama dibina lebuh raya Gua Musang
yang mana sering kali menghadapi kesulitan menjelang musim perayaan,
bukan pada waktu sekarang,” katanya.
Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menjelaskan penderitaan yang dialami rakyat Kelantan sudah lama.
“Kerajaan
persekutuan sering kali menafikan hak negeri. Apabila sudah hampir
PRU13, beliau hadir dan menambah janji tanpa melunaskan dahulu
‘hutang-hutang’ lama kepada negeri.
“Kerana itu, saya katakan, rakyat Kelantan tidak mudah menelan janji-janji kosong seperti itu,” katanya.
“Kerana itu, saya katakan, rakyat Kelantan tidak mudah menelan janji-janji kosong seperti itu,” katanya.
Sementara
itu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, rakyat negeri itu
optimis bahawa janji perdana menteri itu hanyalah tidak lebih daripada
‘gula-gula’ untuk menyedapkan telinga dan hati Barisan Nasional (BN).
“Inilah usaha terdesak yang dilakukan BN dan Umno setelah pelbagai usaha selama ini gagal menambat hati rakyat Kelantan.
“Selayaknya
beliau menjelaskan dahulu hutang tertunggak seperti yang pernah
ditabur sebelum ini ketika Pilihan Raya Kecil di Manik Urai dan Galas
iaitu pembinaan jambatan dan kemudahan jalur lebar,” katanya.
Katanya,
dengan tujuh janji baru itu, Najib dilihat telah berjaya menambah
koleksi janji terhadap rakyat Kelantan tanpa ada satu yang dilunaskan.
“Begitulah kesungguhan BN dan Umno yang berterusan cuba menawan hati rakyat.
“Mungkin
sebelum ini, janji yang ditabur di negeri-negeri lain berjaya memikat,
tetapi tidak kepada rakyat Kelantan yang sudah masak dengan helah
begini, katanya.
Kelmarin,
Najib mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan bagi
memajukan Kelantan sekiranya mendapat mandat rakyat negeri itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan