Rabu, 16 Januari 2013

3 maut seorang kritikal kilang sawit letup

SINAR HARIAN

HULU TERENGGANU - Tiga pekerja termasuk seorang penyelia kilang memproses kelapa sawit milik sebuah syarikat perladangan terkemuka di sini, maut dalam satu letupan di bahagian memasak buah sawit pada kira-kira 7.45 malam tadi.
  
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Ismail Muslim, ketika mengesahkan kejadian itu, berkata mangsa yang maut ialah Azmi Abdullah, 57, seorang penyelia dari Manir manakala dua lagi warga Nepal iaitu Pramod Kumar Ray, 30, dan Sanjib Kumar Pasman, 26.
  
"Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah daripada satu letupan di salah satu mesin mengukus buah kelapa sawit di kilang itu," katanya
  
Beliau berkata mangsa yang kritikal ialah Mohd Razlan Mokhtar, 25, dari Kuala Berang manakala mereka yang cedera ringan adalah Ahmmed Ali, 39, Rezuyam Marom Ali, 45, dari Bangladesh serta Sabad Yedan, 44, dari Nepal. 
  
Katanya, kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Hulu Terengganu dan  polis masih menyiasat punca sebenar kejadian itu. - Bernama

Tiada ulasan: