Selasa, 19 Jun 2012

Laporan Lynas dibentang hari ini

Wartawan Sinar Harian

KUALA LUMPUR- Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) akan dibentang dan dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, laporan itu dibentangkan oleh pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang juga Menteri Pengajian Tinggi, selepas sesi soal jawab lisan.

“Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai  Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) telah dibentang di atas meja ahli-ahli Yang Berhormat sekalian sebagaimana dikehendaki oleh Peraturan Mesyuarat 86(5), oleh yang demikian penyata tersebut tidak boleh disiar, embargo sehingga jam 11.30 pagi Selasa, 19 Jun 2012 (hari ini),” katanya sejurus selesai sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Pada 20 Mac lepas, Dewan Rakyat meluluskan usul untuk menubuhkan jawatankuasa itu bagi meneliti isu-isu yang menjadi perhatian pihak awam serta standard keselamatan projek Lynas di Gebeng, Pahang.

Tiada ulasan: