Khamis, 17 Mei 2012

Wanita dakwa ditembak gas di paha dari dekat

 
Seorang wanita muda peserta himpunan BERSIH pada 28 April lalu mendakwa ditembak dengan gas pemedih mata dalam jarak kira-kira 10 meter tepat di pahanya.

Pang Choy Wan, 27, mendakwa polis mensasarkannya sewaktu dia berada di Jalan Yap Ah Loy di Kuala Lumpur selepas bersurai daripada himpunan itu.

"Jarak saya dan kumpulan polis hanya kira-kira 10 meter," kata Pang selepas membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya pagi tadi.

Tiada ulasan: