Oleh Aspan Alias
Tetapi saya menyeru kepada sesiapa yang tahu jumlah sebenarnya (lebih dari 300,000 orang), supaya tidak melayan kata-kata Rais itu kerana beliau adalah hulubalang kepada UMNO dan apabila bersama UMNO itu banyak perkiraan sudah semestinya salah dan terlalu jauh dari kebenaran. Jika Rais mengakui jumlah peserta itu pada hakikatnya lebih dari 300,000 orang, maka beliau tidak akan dianggap sebagai ahli-ahli UMNO. UMNO memang begitu sikapnya….berbohong dan berbohong terus-terusan. Kalau tidak berbohong mereka tidak selari dengan ‘attribute’ asas UMNO itu.
UMNO memang tidak merasa apa-apa jika berbohong. Berbohong itu ada satu
kewajipan bagi UMNO. Jika kita hendak menunjukkan bagaimana UMNO nya
kita itu, kita mesti berbohong kerana itulah UMNO.
Yang penting bagi sesiapa yang menyertai perhimpunan itu, mereka tahu
yang jumlah kehadiran melebihi 300.000 orang. Yang kita tahu perhimpunan
raksaksa itu dihadiri oleh setiap bangsa dan agama, yang tua dan yang
muda serta para professional yang buat pertama kalinya bersama Bersih
untuk merakamkan manifestasi dan keluhan rakyat tentang kekurangan dan
kelemahan ketara yang menyelubungi SPRM.
Kita jangan respon kepada kenyataan-kenyataan pemimpin-pemimpin UMNO
kerana mereka adalah dari kumpulan yang tidak boleh diyakini rakyat
lagi. Jika angka kedatangan peserta yang melebihi 300,000 itu dikatakan
hanya 22,000 orang maka tidak syak lagi UMNO sudah begitu panik dan
terpaksa berbohong dan menyorok ditempat yang terang.
Kita mesti memahami kenapa pemimpin UMNO berbohong tentang isu
kehadiran peserta perhimpunan itu. UMNO tidak boleh hidup jika tidak
semua pemimpin-pemimpinnya berbohong. Kalau tidak berbohong
pemimpin-pemimpin UMNO tidak akan lena tidur. Mereka akan berasa segar
kembali apabila berbohong. Berbohong itu adalah ibarat julap dan sarapan
bagi UMNO dan pemimpinnya.
Masalahnya saya sudah lama betul tidak bertemu dengan Rais ini. Oleh
kerana begitu lama tidak bertemu dengan beliau, rupa-rupanya beliau
belum lagi berubah. Baru sekarang saya sedar dan mengakui yang Rais
sudah terlalu sebati dengan pembohongannya. Mulut manis Rais itu lah
yang membolehkan beliau kekal dalam kabinet Najib. Jangan kita ambil
peduli dengan angka-angka yang beliau sebut itu.
Tetapi sebaliknya perhimpunan ulang tahun UMNO ke66 baru-baru ini
dikatakan oleh media arus perdana yang kehadiran perhimpunan itu
berjumlah 120,000 orang sedangkan jumlah sebenar kehadirannya hanyalah
65,000 orang sahaja. Jangan lawan mereka itu. UMNO sebenarnya ibarat
orang tua yang sakit.
Semua orang mesti percaya dan menuruti
kehendaknya. Kita jangan respon dan biarkan pemimpin mereka bercakap
untuk membohongi diri sendiri. Apabila rakyat tidak mempercayai
pembohongan mereka UMNO bertindak pula untuk membohongi diri mereka
sendiri…. Mereka akan terus berbohong dan berbohong.
Tetapi pembohongan ini rasanya akan berakhir kerana selepas pilihanraya
ini beliau tidak ada nada ‘premis’ untuk berbohong lagi. Semasa itu
nanti ramai orang UMNO akan bertambah kurus bukan kerana hilang kuasa
tetapi kerana semasa itu UMNO akan menghadapi kesusahan kerana mereka
sudah susah untuk berbohong lagi.
Sementara masih ada kuasa sikit-sikit ini teruskanlah berbohong itu
dengan sepuas-puasnya. Selepas pilihanraya nanti mungkin tidak dapat
lagi berbohong dengan sewenang-wenangnya. Berbohonglah banyak-banyak.
lagi pun kalau mereka cakap benar pun orang ramai akan menganggap
mereka berbohong juga.....sebab berbohong itu sudah sinonim dengan
UMNO.....UMNO itu bohong, bohong itu adalah UMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan