LABIS – Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK) mendakwa tidak berlaku sebarang penyelarasan sama ada di peringkat KPM, JPN, PPD dan Guru Besar Sekolah dalam kes-kes yang melibatkan pertuduhan dan penganiayaan waga pendidik di seluruh negara.
Kata Presidennya, Cikgu Normala Sudirman menganggap tindakan kepada guru yang terbabit seolah-olah tiada kawalan dalam membuat keputusan sehingga kes-kes tersebut semakin meningkat dari masa ke masa.
Beliau yang juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Pemanis turut mendakwa wujud sikap ‘double standart’ dalam melaksanakan tindakan kepada guru yang menyokong parti pembangkang tetapi di satu pihak lain, penglibatan guru dalam politik dan memegang jawatan tidak pula dikenakan sebarang tindakan bahkan dipertahankan.
”Malah penggunaan frasa ‘Pertukaran Atas Keperluan Perkhidmatan’ dijadikan alasan untuk menutup tindakan menzalimi warga guru atau pendidik oleh KPM.
”Disamping itu, keputusan dan arahan menukarkan guru sering berubah-ubah seolah-olah dilihat mengikut kehendak dan telunjuk pihak-pihak tertentu.
”Pertuduhan dan tindakan menukarkan dan menempatkan guru adalah tidak munsabah kerana melibatkan jarak yang jauh seperti melebihi 500 kilometer iaitu melampaui sempadan daerah, negeri dan merentasi laut Sabah dan Sarawak.
”Malangnya, pertukaran guru sebenarnya bukan atas keperluan perkhidmatan dan peningkatan prestasi sebaliknya lebih berupa tekanan dan bertujuan melemahkan semangat guru dalam profesion mereka,” katanya lagi dalam satu kenyataan.
Sementara itu, beliau kesal tindakan zalim seperti itu akan mengundang kebencian dalam warga kerja, keluarga guru yang teraniaya termasuk ibu bapa pelajar dan masyarakat setempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan