Wartawan Buletin
KUALA NERUS –
Pengerusi Gerakan Pembelaan Tanah Rakyat (Gempar) Haji Salleh Embong
mendakwa kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah terbiasa dengan
kerja-kerja ‘haram’ melanggar hak rakyat sehingga tidak lagi merasakan
ianya suatu kesalahan.
Beliau berkata, terbaru kerajaan Umno-BN Terengganu telah memasuki
tanah penduduk Kampung Baru Tetambah Manir dekat sini bagi melaksanakan
projek membina balai raya sebelum tanah diwartakan dan dibayar pampasan.
“kerajaan
Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah biasa buat projek, ‘masuk dulu
kira kemudian’, melaksanakan projek dengan ‘melanggar’ hak rakyat,
“saya
telah diberitahu oleh seorang penduduk Kampung Tetambah, Manir,
tanahnya diceroboh sebelum diwartakan dan dibayar pampasan, untuk dibina
balai raya,”ujarnya ketika ditemui semalam, Isnin 21 Mei.
Oleh
itu, beliau yang juga Pengerusi Bertindak Tanah Penduduk Banggol Donas
memaklumkan akan membuat satu laporan ‘baru’ kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada awal Jun depan.
Menurutnya,
laporan tersebut akan memasukkan beberapa fakta dan kejadian terbaru
yang berlaku ke atas penduduk Kampung Banggol Donas.
Beliau juga
sedang mengkaji untuk mendapat perintah injuksi dari mahkamah supaya
pembinaan jalan dan jambatan Kampung Jeram ke Kampung Bukit Guntong yang
melanggar tanah penduduk kampung itu dihentikan.
“Kita akan membuat satu laporan kepada pihak SPRM, dengan memasukkan beberapa fkta dan kejadian terbaru (dimana),
“kita yakin ada penyelewengan dan salah laku serta rasuah yang dilakukan dalam pembinaan jalan tersebut,
“saya
juga sedang meminta pihak peguam mengkaji bagi mendapat perintah
mahkamah memberhentikan projek yang jelas dilaksanakan tanpa persetujuan
pemilik tanah,”tegasnya.
Menurutnya, Gempar akan terus
mendedahkan salah laku dan salah urus kerajaan Umno-BN Terengganu
berhubung dengan pegambilan tanah rakyat secara zalim dan tidak mengikut
tata cara yang betul bagi menyedarkan pihak-pihak yang terbabit.
Haji
Salleh berkata, kerajaan perlu mengubah sikap dalam melaksanakan
sesuatu projek kerana rakyat kini sudah mempunyai maklumat dan
mengetahui hak-hak mereka.
Katanya, kuasa sebenar ada pada rakyat dan rakyat akan mengubah kerajaan yang tidak mahu berubah melalui pilihanraya.
Katanya,
pada 30 April lalu, seorang penduduk kampung Banggol Donas telah
membuat laporan polis ekoran kenyataan bohong Menteri Besar (MB)Dato’
Seri Ahmad Said yang disiarkan sebuah akhbar pada 26 April 2012.
Menurut Haji Salleh, sehingga kita tidak ada respon atau penafian daripada MB menunjukkan pembohongan itu benar-benar berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan