Ahad, 13 Mei 2012

PRU13: Pas tunda muktamar bulan Jun

MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN

Abdul Hadi Awang

 
KUALA LUMPUR – Pas mengumumkan muktamar tahunannya yang dijadualkan pada bulan depan ditunda sehingga November ekoran desas-desus mengatakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) jatuh pada bulan yang sama.

Perkara itu diumumkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Sebagai pengganti katanya, Pas akan mengadakan satu perhimpunan raksasa di Alor Setar pada 1 Jun, dijangka akan disertai oleh 100,000 anggota parti.

“Oleh kerana tarikh PRU13 pada bila-bila masa sahaja, maka untuk persiapan kita menunda tarikh muktamar pada November.

“Pengarah perhimpunan raksasa ini nanti adalah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat hari ini.

Tiada ulasan: