Khamis, 24 Mei 2012

Protes Gerai: Umno Tak Peduli Ganggu Hak Peribadi

Roketkini.com




SHAH ALAM  – Pihak kerajaan dan polis harus menghentikan ‘protes tidak berlesen’ dan ugutan berterusan terhadap Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan kerana ia terang-terang telah telah melanggar beberapa akta seperti Seksyen 46 Akta Jalan, Akta saliran dan bangunan, Seksyen 110 Akta Pengangkutan Jalan dan hak asasi Ambiga untuk menikmati kemanan dan keselamatan di kediaman sendiri.

Menurut Setiausaha Wanita Kebangsaan DAP Teresa Kok, insiden di Melaka yang menyasarkan Ambiga adalah satu contoh yang jelas bagaimana gangguan tersebut boleh memanifestasikan tindakan yang ganas.

“Pihak polis seolah-olah lepas tangan terhadap ‘protes’ tersebut, Ambiga bernasib baik kerana membatalkan perjalanan beliau pada saat-saat akhir,” ujar Teresa.

Ahli Parlimen Seputeh itu mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menghentikan ugutan tersebut dan mengarahkan polis untuk bertindak tegas terhadap peniaga dan sesiapa sahaja yang engkar dengan terus mengganggu bekas Presiden Majlis Peguam itu.

“Protes anti-Bersih yang dipercayai anjuran ahli-ahli Umno dan Perkasa tersebut telah menyebabkan kecederaan kerana ada di antara mereka dilaporkan membaling batu dan telur kepada peserta acara. Ia juga telah menyebabkan kerosakan terhadap beberapa buah kenderaan.

“Insiden ini sangat jelas dan tidak dapat dimaafkan, akibat kurangnya campurtangan tangan polis dan kerajaan menghalang gangguan yang disasarkan terhadap Ambiga hingga ke hari ini,” katanya lagi.

Berikutan rancangan ‘peniaga-peniaga gerai’ seperti yang dilaporkan akan dilakukan pada Khamis dan Jumaat ini, Teresa menyeru pihak polis untuk menghalang protes ini daripada menjadi tidak terkawal dan ganas.

“Mereka mestilah berjaga-jaga dan bersedia untuk menghentikan sebarang tindakan yang tidak diingini di luar kediaman atau pejabat Ambiga,” ujarnya lagi. Roketkini.com

Tiada ulasan: