KL TODAY
Dewan
Ulamak PAS Pusat berpendapat mana-mana bangsa boleh dilantik menjadi
Perdana Menteri asalkan mereka beragama Islam.Timbalan Ketuanya, Datuk
Ahmad Yakub berkata, dalam Islam soal bangsa tidak menjadi isu utama,
sebaliknya ketakwaan kepada Allah dan menjalankan segala perintah-Nya
lebih penting.“Kita jangan terikut-ikut sangat dengan soal bangsa sebab
dalam Islam semua bangsa adalah sama.
“Dan
yang lebih penting seseorang pemimpin itu perlu mematuhi hukum Allah
dan berlaku adil sesama manusia tanpa mengira bangsa,” katanya yang
juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Menerima Pakai dan Pelaksanaan Rancangan Tempatan di sebuah hotel di sini, hari ini.
Sebuah
akhbar hari ini melaporkan Pengerusi DAP, Karpal Singh memberitahu
beliau akan terus berjuang memastikan seorang bukan Melayu menyandang
jawatan Perdana Menteri.
Menurutnya tidak termaktub dalam perlembagaan yang menyebut hanya orang Melayu dibenarkan menjadi Perdana Menteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan