KUALA LUMPUR - Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd. Ismath (foto) yang didakwa mengeluarkan satu kenyataan dalam laman sosial facebook miliknya baru-baru ini bahawa dia bersetuju jika kesemua polis dibunuh gara-gara keganasan mereka di Himpunan Bersih 3.0, telah ditahan reman oleh pihak polis sebaik saja tiba untuk menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Dia hadir bersama seorang peguam dan ahli keluarganya pada pukul 10.00 pagi sebelum ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk siasatan lanjut.
Difahamkan, sejak emalam rumahnya telah dikepung oleh pihak polis. Beliau yang juga merupakan Timbalan Presiden, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen
(KAMI) kini berkemungkinan besar akan didakwa atas tuduhan tersebut.
Sama ada beliau turut akan dibelasah atau tidak, ia meungkin bergantung
kepada pihak polis. Namun, ramai pihak percaya anak muda itu pasti akan
dibelasah teruk gara-gara kenyataan beliau itu.
Persoalannya yang timbul
sekarang ialah jika benar pihak polis melaksanakan tugas dengan betul
dan adil kepada semua rakyat maka kenapa mereka tidak turut mengambil
tindakan yang sama terhadap seorang anggota Pemuda UMNO, Mohd Safuan Hilmi (foto bawah) yang juga telah mengeluarkan kenyataan "Aku Sanggup Di Hukum Gantung Jika Aku Dapat Bunuh Nik Aziz"?.
Apakah kerana dia UMNO maka pihak polis tidak melakukan apa-apa
tindakan terhadapnya?. Kenapa kenyataan Khalid yang hanya diandaiakan
dengan perkataaan "Jika" itu
dijadikan asas untuk mereka menangkap beliau?. Apakah ini cara pihak
polis melaksanakan kerja dan tanggungjawab mereka kepada rakyat.
Jika
mereka namanya UMNO BN maka begitu sukar untuk pihak polis jalankan
siasatan. Namun, jika namanya menyokong pembangkang maka sepantas kilat
mereka laksanakan tugas. Inilah yang menyebabkan rakyat semakin hari
semakin "menyampah" dan tidak
yakin lagi dengan pihak polis sebenarnya.
Apapun, kita mengharapkan agar
Khalid Mohd Ismath berada dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan
terhadap diri beliau ketika ditahan polis hendaknya.
Barisan peguam yang
hebat-hebat perlu untuk membela anak muda tersebut. Apapun, sokongan
semua amatlah diharapkan untuk menguatkan lagi semangat anak muda
berkenaan untuk terus berjuang untuk tegakkan kebenaran dan keadilan di
bumi tercinta ini.
[Undang-undang
polis kini begitu berbeza di negara kita sebenarnya. Rakyat yang tidak
menyokong kerajaan akan dilayan umpama penjenayah dalam kes-kes
berkaitan, sebaliknya mereka yang menyokong kerajaan UMNO BN pula akan
ditatang bagai minyak yang penuh.
Buatlah apa jua kesalahan jenayah yang
melibatkan politik, namun mereka bebas tanpa ada sebarang tindakan.
Tetapi bagi rakyat yang tidak menyokong mereka, buatlah apa saja pun
hatta SMS, facebook, MMS, twitter dan sebagainya maka pihak polis begitu
cekap dan profesional akan mengambil tindakan keras.
Soalnya, polis ini
berkerja untuk rakyat atas profesionalisme mereka atau atas arahan
orang politik agaknya. Kenapa ini harus berlaku di Malaysia yang
kononnya sebuah negara demokrasi berparlimen ini?.
Terbukti, rakyat kini
umpama musuh kepada pihak polis yang perlu diperangi habis-habisan.
Maka, itulah juga kita tidak hairan polis boleh melakukan tindakan
diluar batasan kemanusia semasa membelasah para peserta dalam
perhimpunan Bersih 3.0 dekat Kuala Lumpur baru-baru ini].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan