Khamis, 24 Mei 2012

Manikavasagam Ditawar Jadi Presiden MIC Jika Keluar PKR




SHAH ALAM: Usaha terdesak MIC, untuk mempelawa MP Kapar S Manikavasagam melihatkan pemimpin parti komponen Umno-BN itu menawarkan jawatan presiden partinya kepada beliau sebagai sogokan.

Manikavasagam mendakwa seorang pemimpin MIC tersebut yang juga bekas Timbalan Menteri, pernah berkata parti itu akan menyingkir Tun S Samy Vellu yang pada masa itu presiden MIC dan memberikan jawatan itu padanya.

Sogokan tersebut dibuat oleh pemimpin MIC itu semasa perjumpaan dengan Manikavasagam di pejabat beliau pada tahun 2009.

“Kita tidak mahu Samy Vellu, kita mahu YB Manika. Kita akan terus masukkan YB Manika. Umno kawal MIC.

“Jadi kita tidak mahu Samy Vellu dan kita mahu YB Manika, terus masuk jadi Presiden MIC. Tawaran macam ini semua ada,” katanya di dalam satu temurah program “Terus Terang”.

Program tersebut dihostkan pengarang TVSelangor Mat Zahari Ali di studio TVSelangor di sini hari ini.
Sebelum ini, dakwaan Manikavasagam akan meninggalkan Pakatan dan PKR tercetus kembali ekoran satu laporan di dalam blog pro-Umno.

Artikel tersebut mendakwa Manikavasagam meminta RM10 juta daripada bekas Ketua Umno Selangor Dr Mohamed Khir Toyo untuk keluar dari PKR.

Ekoran daripada laporan itu, Manikavasagam berkata beliau akan memfailkan saman terhadap, Dr Mohd Khir dan penulis blog tersebut, M Zakrul Adam.

Tambah Manikavasagam, beliau memegang amanah dan tanggungjawab yang diberikan pengundi di kawasannya dan masih setia dengan Pakatan.

“Apa yang berlaku kepada saya mesti berlaku kepada mereka yang melompat. Mesti ada sogokan nak lompat.

“Macam isu pasir saya pun kecewa bila Ahli Parlimen Wangsa Maju (Wee Choo Keong) yang telefon saya menyatakan sedia membantu selesaikan masalah tetapi tiba-tiba dia lompat (keluar parti).

“Saya ada pendirian saya. Saya menyertai PKR iaitu parti pertama saya. Saya bukan bekas ahli MIC, IPF atau PPP, saya dibawa masuk ke dalam PKR oleh bekas Ketua AMK, Ezam Mohd Nor tetapi sekarang beliau pun sudah lompat, sudah lari. Dulu dia selalu cakap perjuangan tetapi apa makna perjuangan?,”
soalnya.

Program Terus Terang Akan Mula disiarkan pada awal Jun.

Tiada ulasan: