Kami perhatikan isu melibatkan kalangan
rakyat Malaysia yang menunjukkan protes bagi memberikan sokongan kepada
perhimpunan Bersih 3.0 sudah berlarutan lebih seminggu lamanya.
Jikalau diperhatikan berita-berita yang
dilaporkan di media arus perdana di Malaysia, berat juga “jenayah” yang
telah dilakukan oleh peserta Bersih di Arab Saudi.
Antara Laporan Berita Media Arus Perdana Mengenai Tekanan Kerajaan Arab Saudi Ke Atas Peserta Bersih di Arab Saudi :
- Arab Saudi pertimbang sekat jemaah Malaysia (Utusan Malaysia – 8 Mei 2012)
- Arab Saudi Kecewa Demonstrasi (Berita Harian – (Berita Harian – 9 Mei 2012)
- Saudi Buru Peserta Bersih & Arab Saudi Buru Dalang Bersih 3.0 (Mingguan Malaysia – 6 Mei 2012)
Baru-baru ini, terdapat kalangan rakyat
Malaysia yang telah mengambil inisiatif yang telah menghantar email
terus ke Kedutaan Arab Saudi di Malaysia bagi mendapatkan penjelasan
terus daripada pihak kedutaan mengenai isu visa Haji yang sedang hangat
di Malaysia.
Walaubagaimanapun, Ini Jawapan Balas Daripada Kedutaan Arab Saudi di Malaysia:
Setakat ini, kami tidak lagi mendapat sebarang makluman mengenai tindakan ke atas rakyat Malaysia (merujuk daripada kerajaan Arab Saudi) – Kedutaan Arab Saudi
Pendirian kami mudah sahaja, jikalau
benarlah apa yang dikatakan kerajaan Malaysia di mana kerajaan Arab
Saudi tidak gemar perhimpunan-perhimpunan yang cuba diadakan seperti
yang dilakukan peserta Bersih 3.0 di Arab Saudi, sehingga menyebabkan
orang lain juga mendapat “musibah” dan “kesusahan” untuk menunaikan
umrah dan haji selepas ini, makanya mereka-mereka yang terlibat harus
dikenakan tindakan sebagai pengajaran.
Yang salah tetap salah. Jika
undang-undang Arab Saudi melarang mereka berbuat sedemikian rupa. Kita
mesti hormati peraturan dan undang-undang di tempat orang.
“Walaupun di hati kecil kami ada sedikit aneh melihat situasi yang berlaku sekarang jika benarlah ianya realiti”
Walaubagaimanaun semakan kami (Berita
Semasa) di laman web antarabangsa PressTV menunjukkan laoran berita
ekitar tahun 2011, di mana jemaah Bahrain pernah menggunakan pentas
jalan-jalan raya di sekitar Mekah, Arab Saudi bagi membuat demonstrasi
jalanan menuntut kejatuhan rejim Al-Khalifa di Bahrain.
Apa yang kami perhatikan demonstrasi tersebut lebih hebat dan jauh lebih besar bilangan yang menyertainya.
Berita Lengkap : PressTV
Cuma yang menjadi persoalan kami
sekarang ini, apa tindakan kerajaan Arab Saudi ke atas mereka dan
berapa lama agaknya rakyat Bahrain kena ban dengan kerajaan Arab Saudi?
Apa pandangan anda pula mengenai isu ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan