Jumaat, 4 Mei 2012

Isu Azmin: MP, Senator PKR serah kepada polis

Mohd Zulfadli Sharifudin

Isu Azmin: MP, Senator PKR serah kepada polis
 
Sebahagian daripada pemimpin PKR, ahli-ahli Parlimen dan Senator, yang menghadiri sidang media hari ini.
 
 
PETALING JAYA - Barisan wakil rakyat PKR menegaskan pihaknya tidak akan membuat siasatan atau laporan polis mengenai gambar imej lucah, yang disiarkan beberapa akhbar dan blog pro-Umno, yang lelakinya dikatakan mirip Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata, "kami menyerahkan pihak polis dan Jabatan Agama (Islam) untuk menyiasat isu itu."

"Tindakan menyebar gambar lucah dan seks adalah jenayah yang perlu diambil tindakan," kata beliau.

Menurutnya, ahli-ahli Parlimen dan ahli Dewan Negara PKR menolak keras dan mengecam politik fitnah dan tuduhan jahat media pro-Umno terhadap Azmin kononnya beliau terlibat dalam adegan lucah yang dipapar dengan cara yang tidak bermoral oleh beberapa media cetak dan elektronik.

"Kami mendesak agar pihak-pihak tersebut meminta maaf dengan kadar segera terhadap Azmin.

"Isu gambar dan imej lucah yang didakwa kononnya Timbalan Presiden PKR sengaja didedahkan di media blog pro-Umno-BN boleh disifatkan sebagai cubaan niat jahat politik untuk meruntuhkan kredibiliti serta mengaibkan maruah pimpinan kanan Pakatan Rakyat," kata beliau lagi.

Katanya, kebangkitan rakyat pada Bersih 3.0 dan menolak Umno telah mempercepatkan penyebaran imej lucah yang dikatakan mirip Azmin bagi memperlahankan sokongan rakyat terdapat Pakatan Rakyat.

Tambah beliau, ternyata, tindakan mereka gagal kerana rakyat dan anak muda semakin meluat dengan dengan politik lucah tajaan media pro-Umno-BN berbanding politik fakta serta pelaksanaan kebajikan rakyat oleh Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Tiada ulasan: