Rabu, 23 Mei 2012

[DEDAH] Exco Perak Tunggu Berjam-jam Dirumah Manickavasagam Pujuk Lompat Parti


 

KELAB GREENBOC


Subang Jaya : Pemimpin Umno-BN di Perak yang kini seorang exco kerajaan negeri adalah antara individu yang didakwa pernah memujuk MP Kapar S Manikavasagam untuk tinggalkan Pakatan Rakyat sejak 2008.

Manikavasagam berkata individu-individu tersebut sanggup menunggu berjam-jam di luar rumah dan pejabat bagi berjumpa dengannya bagi tujuan tersebut.

Beliau yang mengakui pernah berselisih faham dengan kerajaan Selangor, walaubagaimanapun berkata beliau tidak mempunyai apa-apa masalah dengan mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat Selangor.

Malah Manikavasagam tegas dengan pendiriannya untuk terus bersama PKR dan Pakatan, dan meminta Umno-BN untuk berhenti daripada meneruskan usaha untuk memujuknya.

“Tahun 2008 saya ada senarai nama siapa yang berjumpa dengan saya sehingga mereka menunggu berjam lamanya di luar rumah saya. Hari ini individu tersebut merupakan Exco Kerajaan Negeri Perak.

“Saya tidak mahu sebut nama. Kalau mereka cabar, saya akan sebut nama mereka,” Manikavasagam berkata di satu sidang media di pusat khidmat MP Kelana Jaya di Sunway Mentari di sini.

Manikavasagam antara wakil rakyat Pakatan yang sering disebut akan meninggalkan gagasan itu kerana kenyataannya yang lepas yang mengkritik dasar dan pemimpin Kerajaan Selangor.

Terbaru, sebuah blog Sel13.com memaparkan artikel yang beliau minta RM10 juta daripada bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamed Khir Toyo untuk tinggalkan Pakatan.

Manikavasagam menjelaskan beliau tidak pernah mengadakan pertemuan sulit dengan Dr Khir sebaliknya pertemuan yang berlaku di Hotel Grand Blue Wave merupakan secara kebetulan.

“Dalam perjumpaan itu, his mouth came out. Dia yang kata, Yb kalau tidak gembira, mari sini (kepada BN), kami akan jaga kamu dan memberikan wang.

“Ianya dari mulut dia bukan mulut saya. Tidak sampai lima minit dia pergi,” Manikavasagam berkata.

Sehubungan itu, Manikavasagam akan membuat satu laporan polis terhadap penulis artikel, M Zakrul Adam dan Dr Khir Toyo esok bagi membersihkan nama beliau. -selangorku

Tiada ulasan: