TANGGAL 4 Mei, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mula mengumpul dukungan pertubuhan anak muda dan mahasiswa untuk sama memperakui satu memorandum yang akan dihantar ke Bukit Aman pada 7 Mei 2012.
Memorandum itu berkenaan dengan desakan untuk PDRM segera mengambil tindakan terhadap anggota mereka yang terlibat dengan jenayah dan salah laku pada 28 April 2012 ketika mengendalikan Himpunan Rakyat terbesar dalam sejarah negara iaitu Bersih 3.0 Jemputan kepada media telah dibuat kepada media dan pihak PDRM seawal Ahad (6 Mei).
Namun pada pagi Isnin (7 Mei) kami dimaklumkan beberapa front Umno secara bertungkus lumus saat akhir cuba mengumpulkan orang untuk kononnya berdiri terpacak depan Bukit Aman untuk membaca ikrar taat setia.
Sesuatu yang pelik dan mengundang senyuman sinis.
Sebenarnya tidak lain dan tidak bukan cuma mahu mengganggu proses penghantaran memorandum yang kami rancang.
Mengetahui perancangan mereka yang mahu mencipta suasana pergaduhan maka kami membuat keputusan untuk pergi dengan bilangan kecil yang lebih sedikit untuk mengelakkan pertembungan dan mahu menumpukan kepada isu sebenar.
Selebihnya kami pulangkan kepada kemampuan dan kebijaksanaan polis mengawal ibu pejabat mereka.
7 Mei 2012, 2.40 petang tiba di depan Bukit Aman, sememangnya kelihatan ramai orang Umno ada dalam lebih 70 orang yang berkumpul dekat tandas tempat letak kereta hadapan Bukit Aman. Kami cuma hadir sekitar tujuh orang sahaja.
Sebaik turun kereta wartawan meluru, sebaik memberitahu wartawan sidang media selepas penyerahan memorandum maka saya terus berjalan dari tempat letak kereta menuju ke hadapan pintu masuk Bukit Aman.
Ketika kami menghampiri pintu Bukit Aman kami diserbu oleh berpuluh orang Umno yang diketuai oleh salah seorang Exco Pemuda Pusat mereka.
Polis minta kami berhenti dahulu, kami akur tetapi orang orang Umno, malah ada yang menggigil seperti ‘menurun’ terus memaki hamun. Kami telah sedia untuk situasi ini hanya tersenyum melihat gelagat mereka.
Seperti yang kami jangka polis ‘terpaksa’ akur dan berlembut dengan kumpulan Umno kerana mereka ini semua berlindung di sebalik menteri rejim penguasa.
Hadir ACP Ramli memperkenalkan diri wakil dari Bukit Aman untuk menerima memorandum tersebut.
Tidak mempedulikan Umno yang terjerit terlolong saya fokus untuk menerangkan kepada wakil Bukit Aman mengenai memorandum yang mewakili 29 pertubuhan anak muda/mahasiswa tersebut.
Memorandum diterima dan salinan penerimaan telah ditandatangani oleh ACP Ramli.
Umno terus terjerit-jerit tanpa menghormati kehadiran wakil Bukit Aman.
Selepas memorandum diserahkan, satu sidang media ringkas telah dilakukan di depan Bukit Aman dalam keadaan kumpulan Umno masih terjerit terlolong.
Tahniah SAMM ucapkan kepada kelompok Umno tersebut yang terjerit, terlolong dan menggigil seperti menurun serta bertindak kasar dengan anggota polis di hadapan Bukit Aman kerana anda semua telah menyerlahkan lagi sikap Umno itu sebagai parti politik lama lagi tua yang gagal berhujah.
Kami juga merakamkan simpati kepada anggota polis yang dipaksa akur dengan kekurang ajaran Umno semalam sehingga mereka sendiri gagal mengawal hadapan ibu pejabat mereka. Saya dapat melihat bagaimana polis begitu ‘geram’ dengan kurang ajar Umno yang mencaci maki tetapi apakan daya mereka semua berlindung di sebalik kuasa rejim penguasa.
Perlu ditegaskan SAMM dan organisasi anak muda serta mahasiswa ini tidak sama sekali anti PDRM kami cuma anti keganasan beberapa anggota polis.
Sebab itu apabila berlaku keganasan,kami masih komited untuk membuat laporan polis dan bukannya bertindak membelakangi polis. Kami tetap yakin dan percaya negara memerlukan sebuah pasukan polis yang berintegriti dan dihormati.
Kami juga menyedari polis dalam banyak keadaan dipaksa bertindak atas telunjuk rejim walaupun dalam banyak keadaan mereka tidak reda.
Apa yang kami lakukan ialah membantu mendesak ke arah mewujudkan sebuah institusi keselamatan yang unggul demi masa depan negara.
Tidak kira siapa memerintah, walaupun parti yang menguasai rejim tewas PDRM seharusnya bertindak berdasarkan keperluan perundangan dengan memahami konsep keadilan dan kemanusiaan yang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan