KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan meneruskan Siasatan Awam ke atas dakwaan pelanggaran hak asasi manusia termasuk penggunaan kekerasan yang melampau sebelum dan semasa perhimpunan Bersih 9 Julai 2011 lalu.
Kali ini Suhakam akan memanggil anggota polis dan pegawai perubatan yang merawat Mohamad bin Sabu dan Hanafi bin Hawari, satu kenyataan media yang dikeluarkan Suhakam hari ini.
Ia akan diadakan selama dua hari iaitu 19 dan 20 Disember mulai jam 9.30 pagi Bilik Siasatan, Tingkat 13, Pejabat Suhakam Menara TH Perdana, 50250 Kuala Lumpur.
Sehingga kini, Suruhanjaya telah mengadakan lima sesi pendengaran awam melibatkan sebanyak 14 orang saksi telah memberi keterangan.
Bagi sesi pendengaran awam berikutnya, enam orang saksi lagi dijangka hadir bagi memberi keterangan di hadapan Panel Inkuiri.
Panel siasatan akan dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Suruhanjaya Profesor Datuk Dr Khaw Lake Tee dibantu oleh Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi b Haji Abdul Majid dan Encik Detta Samen. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan