Khamis, 1 Disember 2011

Saman SYABAS Tidak Halang Perjuangan Saya - Tony Pua

Oleh Mohd Ezli Mashut


KUALA LUMPUR : Biarpun berhadapan dengan saman oleh Syarikat Bekalan Air Selangor(Syabas) Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menegaskan beliau akan terus memperjuangkan isu penstrukturan semula industri air di negeri ini demi kepentingan rakyat.

"Buat masa ini saya tidak akan menghentikan kerja-kerja saya untuk membawakan isu air ke Parlimen kepada orang awam dan terus berjuang untuk mencapai kepada yang baik kepada rakyat Selangor," kata beliau yang ditemui Selangor Kini di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini semalam.

Tony mendakwa tindakan Syabas mengemukakan kes ini adalah tindakan yang mungkin bagi mengekang beliau memperkatakan soal penstrukturan air di Selangor yang berkaitan dengan Syabas.

"Motif Syabas untuk mengemukakan kes ini ialah untuk saya tidak membincangkan isu Syabas yang saya hanya membawa hasrat rakyat kepada parlimen dan umum dan untuk mencari formula penyeselaian penstrukturan air Selangor," katanya.

Tony disaman ekoran mengeluarkan kenyataan yang didakwa Syabas mencemarkan imej syarikat korporat tersebut semasa beliau berceramah anjuran DAP pada 14 November tahun lepas.

Beliau diwakili oleh peguam Gobind Singh Deo.

2 ulasan:

satu malaysia berkata...

kepada Tony Pua. perjuangan anda adalah untuk merampas Syabas dari tangan orang Melayu. semua orang tau itu. apabila itu berlaku, konsesi air akan diberikan kepada kaum anda walaupun kaum anda sudah membolot semua harta Melayu. kebanyakan orang Melayu sokong anda kerana mereka tak faham rahsia disebalik perjuangan anda. Melayu yang membaca kenyataan saya ini pasti berfikir 100 kali untuk menyebelahi anda - AIR KELAPA.

peneroka minda berkata...

SYABAS adalah milik Melayu dan harus dipertahankan. jangan serahkan kepada Selangor yang dikuasai DAP. Kelak kita akan rugi.