Isnin, 12 Disember 2011

PRU-13: Senarai calon PAS belum dimuktamadkan


Lee Long Hui
PAS hari ini enggan mengesahkan atau menafikan laporan bahawa bekas pesuruhjaya Selangor Datuk Hasan Ali akan digugurkan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, laporan muka depan Mingguan Malaysia, hari ini adalah tidak betul.

pas launch welfare state document 111211 hadi awang“Pilihanraya belum diumumkan, masalah calon belum timbul lagi. Kita tak tahu tarikh pilihanraya, maka tunggulah hari penamaan calon.

“(Laporan Mingguan Malaysia) tak betul, kita belum lagi melihat senarai calon,” kata Abdul Hadi pada sidang akhbarnya di Kuala Lumpur apabila diminta mengulas laporan akhbar milik Umno itu.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan bahawa sumber-sumber telah mengesahkan bahawa nama Hasan Ali yang juga ADUN Gombak Setia telah ‘disingkirkan’ oleh PAS Selangor dan pada masa sama PAS Pusat merestui pengguguran tersebut.

Jumaat lalu, Malaysiakini juga melaporkan bahawa Hasan gagal mendapatkan pencalonan yang mencukupi daripada cawangan parti untuk dipertimbangkan sebagai calon.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha PAS Selangor Saari Sungib. Walau bagaimanapun, kepimpinan PAS pusat hari ini enggan mengulas mengenai ini.

NONETidak berbangkit, sebab kami pun tak tahu kami dicalon atau tidak. Kami pun tak tahu boleh jadi calon ke tak hari ini,” kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (tiga dari kiri), yang juga hadir pada sidang akhbar itu.

Beliua juga diminta mengulas laporan akhbar Sinar Harian yang mendakwa DAP sedang mengintai bagi meletakkan calon Melayu di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PAS dan PKR bagi membolehkannya menduduki kerusi menteri besar sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa di Selangor dan Perak selepas pilihan raya umum akan datang.

“Itu kena tanya DAP, itu hak DAP, kita tak ada bincang dengannya,” kata Mohamad tanpa mahu mengulas lanjut.

Ditanya mengenai rundingan agihan kerusi Pakatan di Selangor, beliau berkata perkara itu masih dalam perbincangan di peringkat akhir.

Tiada ulasan: