Rabu, 21 Disember 2011

PGA sudah bersedia bantu dalam PRU13


MALAYSIA KINI
Pasukan Gerak Am (PGA) sudah bersedia untuk memberikan sebarang bantuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menghadapi
pilihan raya umum yang ke-13 nanti.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rasid berkata tumpuan juga akan diberikan ke kawasan panas yang dilihat mungkin boleh menyebabkan aspek keselamatan dan ketenteraman awam terjejas.

polling day 080308 voting"Bagi PRU ke-13, PGA dah bersedia membantu dan memberi apa-apa jenis bantuan diminta oleh SPR," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Kursus Asas PGA di Ulu Kinta dekat Ipoh hari ini.

Seramai 277 pegawai dan anggota PGA telah lulus kursus selama tiga bulan itu.

PGA kini menpunyai 14,000 pegawai dan anggota yang ditempatkan di lima kawasan iaitu Briged Utara, Briged Tengah, Briged Tenggara, Briged Sabah dan Briged Sarawak.

"Jumlah ini mencukupi untuk dikerahkan jika PRU dipanggil bila-bila masa," kata Salleh.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau mengingatkan anggota PGA supaya sentiasa melengkapkan diri mereka dengan ilmu dan kemahiran supaya seiring dengan perubahan semasa.

Katanya mereka juga perlu lebih proaktif dan bersedia menjalankan pelbagai tugas dalam usaha Polis Diraja Malaysia untuk memenuhi jangkaan masyarakat.- Bernama

Tiada ulasan: