Jumaat, 2 Disember 2011

Panggilan bom ganggu perkhidmatan KTM Tapah Road-Tg Malim

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER

Suasana di stesen kereta api Tapah Road pagi tadi. - Foto ihsan Rao

IPOH― Kesemua perkhidmatan kereta api antara Tapah Road dan Tanjung Malim terganggu ekoran panggilan diterima polis awal pagi adanya bom di landasan kereta api.

Laporan media menyebut polis menerima panggilan kira-kira pukul 1.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Roslan Bek berkata seorang lelaki mendakwa bom diletakkan di bahagian bawah jambatan laluan kereta api antara Bidor dan Tanjung Malim.

Dipetik Star Online, kata beliau, polis telah menerima 16 daripada 21 jambatan antara stesen Tapah Road dan Tanjung Malim, sejak 3 pagi tetapi tidak menemui sebarang bahan yang meragukan.

Polis masih meneruskan pemeriksaan.

Dalam pada itu beberapa pengguna yang menghubungi The Malaysian Insider berkata KTM Berhad menyediakan perkhidmatan bas dari Ipoh ke Tanjong Malim untuk meneruskan perjalanan ke KL Sentral.

“Tetapi kami menunggu dari 6.30 pagi, cuma perkhidmatan ganti, bas disediakan untuk ke Tanjong Malim selepas 9.30 pagi, untuk meneruskan perjalanan ke KL Sentral,” kata seorang pengguna yang menamakan dirinya Rao.

Dua skuad bom dihantar untuk mengadakan pemeriksaan sepanjang laluan 76km, satu bermula di Tapah dan satu lagi dari Tanjung Malim.

Laporan Star Online juga satu bonggol di celah-celah batu di KM259.25 laluan ke arah utara, terletak kira-kira 30km dari stesen Tapah Road.

Tiada ulasan: