Selasa, 6 Disember 2011

Pak Lah Kata Akan Kempen Tapi Tak Mahu Sebut Sama Ada Akan Pertahan Kerusi Parlimen

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan tetap turun berkempen di kawasan parlimennya Kepala Batas pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, Abdullah tidak menyatakan dengan jelas apakah beliau akan terus bertanding mempertahankan kerusi parlimen Kepala Batas yang disandangnya sekarang.

Katanya, bukan semua yang turun berkempen bermakna dia akan bertanding dalam pilihan raya.

“Tak usah cakaplah, macam saya ni orang tak mau dengar dah...," katanya dalam nada santai pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar kebangsaan "Kesan Sistem Kewangan Islam di Malaysia Terhadap Kekuatan Ekonomi Ummah - Satu Penilaian" di Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini, Selasa.

“Memadai untuk saya katakan sebagai anggota parti, saya akan berkempen untuk BN,” katanya lagi. -mStar

Tiada ulasan: