Sabtu, 17 Disember 2011

Khir Toyo, Muhd Taib tidak boleh di barisan depan

Dr Mohd Khir dan Muhamad Taib perlu menjadi pembantu sahaja, kata ketua Umno Ampang, Datuk Ismail Kijo.



PETALING JAYA: Dua bekas menteri besar Selangor – Dr Mohd Khir Toyo dan Tan Sri Muhamad Muhd Taib – tidak perlu lagi berada di barisan depan Umno dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13.

Gesaan itu dibuat oleh ketua Umno Ampang, Datuk Ismail Kijo sambil menambah kedua-dua mereka hanya perlu berada di belakang tabir.

“Dr Mohd Khir dan Muhamad Taib perlu menjadi pembantu sahaja,” katanya.

Menurutnya, Selangor kini berada dalam kepimpinan yang baru di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak perdana menteri dan presiden Umno.

Ismail bekas Adun Lembah Jaya selama tiga penggal berkata, kemasukan bekas orang kuat PKR ke dalam Umno telah memperkuatkan parti itu.

Bekas pemimpin PKR

Beliau menasihatkan orang Umno sedia ada supaya tidak bimbang dengan kemasukan bekas pemimpin PKR itu.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Senator Ezam (Mohd Noor), Lokman Noor Adam dan Hamidzun Khairuddin kerana telah memberi kekuatan kepada BN.

“Mereka membawa peluru untuk menembak musuh-musuh kita. Merekalah yang lebih tahu mengenai PKR, ini memberi kelebihan kepada kita” kata Ismail lagi.

Dr Mohd Khir ketika dihubungi bagaimanapun enggan mengulas saranan ketua Umno Ampang itu.

Tiada ulasan: