Sabtu, 17 Disember 2011

IGP: Senjata ‘Steyr’ kes samun bank dipercayai milik anggota tentera

SELATAN ONLINE


KUALA LUMPUR — Senjata jenis “Steyr” yang digunakan dalam cubaan melarikan wang tunai RM253,000 di sebuah bank di Taman Muda, Ampang, Selasa lepas, dipercayai milik seorang anggota tentera berpangkat pegawai.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (gambar) berkata perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak berkuasa tentera.

“Kami telah memberitahu kepada Panglima Angkatan Tentera (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin) mengenai perkara itu untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman di sini hari ini.
Dipetik Bernama Online, Ismail berkata polis percaya terdapat suspek lain yang terlibat dalam insiden itu dan sedang mengesan individu terbabit.
Polis menemui senjata tersebut pada suspek yang ditembak mati seorang pengawal keselamatan dengan “pump gun” ketika hendak melarikan diri.
Dalam perkembangan lain, polis mengesahkan sedang mengesan seorang suspek berhubung kes kehilangan Timbalan Presiden Komuniti Sukan Korea Selatan di Malaysia, Kim Chong Yong, yang dilapor hilang sejak hujung Oktober dan dipercayai dibunuh.
“Polis sudah mengenal pasti identiti suspek yang kini berada di luar negara. Kita minta bantuan polis antarabangsa (Interpol) untuk mengesan suspek yang juga ada hubung kait dengan mangsa,” katanya.
Menurutnya, polis kini giat mengesan bukti selain mencari mangsa.
Pada Khamis, polis mengesan isyarat telefon bimbit Kim, 53, yang juga ahli perniagaan, di sekitar kawasan hutan antara Batu 14 hingga Batu 25 Jalan Gombak-Bentong dekat sini

Tiada ulasan: